Curtiss SOC Seagull
Curtiss SOC Seagull

Curtiss SOC Seagull

Curtiss SOC Seagull ialah pesawat laut pemerhati berenjin tunggal buatan Amerika yang direka oleh Alexander Solla dari syarikat Curtiss-Wright Corporation untuk Tentera Laut Amerika Syarikat . Pesawat ini berkhidmat di kapal perang dan kapal penjelajah dalam konfigurasi pesawat laut, dilancarkan dengan katapel pesawat dan mendarat melalui pendaratan laut. Sayapnya boleh dilipat ke belakang setentang dengan fiuslaj untuk penyimpanan di atas kapal. Apabila berpangkalan di darat atau di kapal pengangkut, pelampung tunggal digantikan dengan gear pendaratan beroda tetap.Syarikat Curtiss telah menyerahkan 258 buah pesawat SOC versi SOC-1 hingga SOC-4, bermula tahun 1935. Reka bentuk SOC-3 telah dijadikan asas bagi varian SON-1 yang dikeluark di Kilang Pesawat Tentera laut (NAF). Sebanyak 64 buah pesawat telah diserahkan sejak ia dikeluarkan oleh NAF bermula tahun 1940.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Curtiss SOC Seagull http://www.ww2db.com/aircraft_spec.php?aircraft_mo... http://www.history.navy.mil/photos/ac-usn22/s-type... http://www.uscg.mil/history/articles/CGAviation.pd... http://worldcat.org/oclc/35720248 http://worldcat.org/oclc/43484775 https://m-selig.ae.illinois.edu/ads/aircraft.html https://web.archive.org/web/19990202043517/http://... https://web.archive.org/web/20010621221242/http://... https://web.archive.org/web/20070311033309/http://... https://web.archive.org/web/20160513113226/http://...